Monday, November 22, 2010

Home » » Kelebihan Basmallah: Selamat Beramal ! :)

Kelebihan Basmallah: Selamat Beramal ! :)

بسم لله الرحمن الرحيم

Semua kerja yang kita lakukan mestilah dimulakan dengan kalimat diatas. Moga moga diberkati apa yang kita buat tuh. mungkin ada yang sedar atau tidak, kalimat basmallah ini banyak kelebihannya. Apakah?
  1. 21 kali basmallah, terhindar daripada kejahatan manusia, jin, kecurian dan kebakaran, selamat daripada mati terkejut, bala dan penyakit.
  2. Barangsiapa membaca basmallah dengan 'LA HAU LAWALA QHU WATAILLA BILLAHI ALIYIL AZIM', nescaya Allah akan menutup untuknya 70 pintu daripada bala, dukacita dan kesusahan.
  3. Membaca 787 kali basmallah dengan hati yang suci terhadap sesuatu kerja yang diredhai Allah atau kerana mencapai hajat akn dijauhi bala...InsyaAllah.
  4. 2500 kali basmallah selepas sembahyang subuh selama 40 hari berturut turut serta mengingati kelebihannya, insyaAllah, Allah akan membuka dan menerangkan hatinya dengan mudah mengetahui ilmunya.
  5. 1500 kali basmallah, insyaAllah manusia akan bersetuju denganya.
  6. 1000 kali basmallah, tiap tiap hari mudahlah ia memperoleh apa-apa yang dipelajarinya.
Ini mungkin sedikit cara or tips..uhhu.

  • Barang siapa yang lemah akalnya hingga susah untuk menghafaz pelajarannya, ambil segelas air atau sebekas air dan bacakan padanya sebanyak 786 kali basmallah. Minum air itu ketika terbit matahari. lakukan 7 hari berturut turut. InsyaAllah, akalnya akan cergas dan cerdas serta mudah menghafaz sesuatu.
Waallahualam. Kita hanya berikhtiar. Semua Allah yang akan tentukan. Amalkan kalimah basmallah dalam kehidupan seharian. Ahh, nak ambil nie nak ucapkan GOOD LUCK kepada semua calon calon SPM 2010 terutamanya calon calon SPM SMKA Al Irshad. Kasi gempak result okeh ! :)

sharing is loving, saffrina | anirffas :)   


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails